Monday, 31 July 2017

Traveloka : Penginapan yang Tepat di Melaka



Melaka adalah salah satu negeri yang wajib dilawati dek kerana Bandar bersejarah ini mempunyai banyak tempat tarikan pelancong sama ada dari segi sejarahnya mahupun kawasan rekreasinya. Semestinya Hotel Seri Malaysia Melaka menjadi pilihan anda untuk berehat setelah melalui pengembaraan yang penuh dengan aktiviti di bandaraya bersejarah ini. Ramai pengunjung yang memberikan review dan feedback yang positif dan bercadang untuk datang menginap lagi di sini jika datang ke Melaka. Hal ini membuktikan yang Hotel Seri Malaysia Melaka adalah destinasi tepat untuk menginap.

Hotel Seri Malaysia Melaka ini terletak di Ayer Keroh kira-kira 1.6 km dari The Malacca Butterfly & Reptile Sanctuary, Zoo Melaka dan lebih kurang 12 km dari landmark terkenal di Melaka seperti Jonker Street, The Stadthyus, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan banyak lagi yang mengambil masa perjalanan dalam 15min ke 20 min sahaja. Terdapat juga taman tema A’ Famosa tidak jauh dari sini. Mereka yang ingin meluangkan masa untuk bermain dengan keluarga sangatlaa sesuai ke sini.



Hotel Seri Malaysia Melaka menawarkan penginapan yang berbaloi dengan akses Wifi percuma. Hotel ini mempunyai kolam renang yang indah, sebuah restoran dan juga mini bar. Pengunjung juga dapat menghilangkan stress setelah penat berjalan-jalan di Melaka kerana hotel ini juga menyediakan tempat untuk bermain biliard. Dengan harga yang berpatutan, anda dapat menikmati penginapan yang selesa dan amat berbaloi. Pengunjung tidak perlu keluar hotel dah untuk mencari makan. Nikmati hidangan kegemaran anda dengan masakan khas dari Hotel Seri Malaysia Melaka secara eksklusif oleh chef-chef handalan yang akan menyediakan pelbagai signature dishes untuk anda. Anda turut disajikan dengan sarapan percuma.






Selain itu, hotel ini turut menyediakan parking kereta percuma, jadi bagi anda yang memandu kereta, tak perlu laa risau tentang parking lagi. Airport yang terdekat ialah KLIA yang terletak lebih kurang 1 jam 30 min perjalanan untuk ke sini, dan juga kawasan ini tidak terlalu sesak dengan kenderaan. Ia amat sesuai bagi mereka yang senditif dengan kesesakan lalu lintas.

Hotel ini menyediakan  bilik yang selesa dan dilengkapi sepenuhnya dengan penyaman udara dan TV skrin rata dengan saluran satelit. Bilik mandi peribadi di sini semuanyaa dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian yang awesome. Pengunjung turut diberikan alat mandian percuma. Sebuah meja tulis dan cerek elektrik untuk membuat teh atau kopi juga disediakan di dalam bilik untuk memudahkan pengunjung menghilangkan dahaga.




Daripada acara perniagaan ke perhimpunan korporat, Hotel Seri Malaysia Melaka menyediakan perkhidmatan lengkap dan kemudahan yang anda dan rakan-rakan anda perlukan. Bergembiralah dengan pelbagai kemudahan yang menghiburkan untuk anda dan seluruh ahli keluarga. Di Hotel Seri Malaysia Melaka, mereka menmyediakan penginapan yang menarik untuk pelbagai jenis percutian!

Jika anda merancang untuk menginap dalam jangka panjang, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah pilihan yang tepat untuk anda. Menyediakan pelbagai kemudahan dan kualiti perkhidmatan yang hebat, tempat penginapan ini pasti membuat anda berasa seperti di rumah sendiri. Perkhidmatan terbaik bersama-sama dengan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat anda relaks sepanjang penginapan di sini.



Luangkan masa yang menyeronokkan dan bersantai di kolam renang, sama ada anda bercuti solo atau dengan yang tersayang. Meja penyambut tetamu 24-jam ada disediakan untuk menyambut anda, dari daftar masuk sampailaa daftar keluar ekspres, atau apa-apa saja bantuan yang anda perlukan. Sekiranya anda inginkan sesuatu, jangan teragak-agak untuk bertanya kepada staff di sini, meraka sentiasa bersedia untuk entertain anda. Bahasa yang dituturkan disini ialah bahasa Melayu dan English, jadi jangan bimbang untuk menanyakan sebarang problem kepada staf di sini.



Hotel Seri Malaysia Melaka adalah hotel dengan sangat selesa, bersih dan menyediakan perkhidmatan hotel yang terbaik. Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah tempat yang tepat untuk bermalam sama ada untuk bercuti bersama keluarga mahupun untuk bekerja atau mesyuarat. So, book Hotel Seri Malaysia Melaka on Traveloka sekarang  dan dapatkan harga diskaun yang menarik danamat berpatutan untuk percutian yang menarik !

2 comments:

  1. husna tak pernah sampai melaka lagi.. teringin jgk nak jejak kaki ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai husna boleh plan pergi sana nanti , boleh booking guna website traveloka tau, ada diskaun lagi :)

      Delete

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI