Expired Date 22.07.2017

Ahad, Julai 23, 2017

Hai awak semua,apa khabar? Yang mana tak sihat pergi lah klinik cepat-cepat sekarang musim panas senang nak dapat sakit , dah pergi klinik tu jangan liat nak makan ubat pulak buat rugi bayaq je nanti :P

I memang jarang masuk giant walaupun pergi kerja balik kerja memang selalu lalu depan giant nak singgah tu memang jarang sekali.Giant ada masa barang murah ada masa barang mahal , kalau jumaat hingga ahad tu ada offer-offer tertentu di tawarkan time nie lah nak beli kan.Kebetulan semalam singgah pergi giant time cuti-cuti giant memang penuh.
Bila dah belek barang,ambik barang yang nak beli terus pergi bahagian frozen lalu dekat bahagian air tertengok lah air Sunkist apple yang kecik RM 0.99 kira RM1 lah, time nie memang tak tengok langsung expired date air tu, memang lupa terus.



Sampai-sampai rumah air tadi terus masuk dalam peti ais , bila malam terasa nak minum air Sunkist apple yang beli siang tadi , masa nak minum tulah baru tengok expired date , rupanya hari yang sama jugak expired 22.07.2017 padan lah murah benor jual ye nasib beli 3 botol je , petang tu suami pun ada minum dia pun tak tengok expired date , terpaksa lah habis jugak malam tu.


Giant memang selalu jual harga murah kalau ada barang yang nak cleanrer , so kalau you all nak beli tu kena tengok expired date dulu jangan main beli nanti macam I ,nasib beli air je kalau beli benda lain tak tahu lah ,menangis bucu katil kot…

You Might Also Like

0 ulasan