Beauty : Jeju Volcanic Lava Nose Strips Review

14:30

Assalamualaikum  and hello once again J semalam masa mengemas  barang-barang makeup dengan skincare terjumpa satu Nose Strip yang tak guna lagi , sebenarnya beli dah lama tahun lepas kot ingatkan dah habis guna rupanya ada satu lagi,jadi terus lah rasa nak guna dah tinggal satu je kan baik habiskan. Lepas tu terasa nak buat review terus , of course lah dah check  expiry date sebelum guna untuk mengelakkan allergies atau kegatalan hidung yang melampau hiks..

Maaf gambar tak clear

Jeju Pore Nose Strip dari FACESHOP ,suka warna packaging grey tone macam warna tanah gitu , setiap instructions dan label mudah di fahami senang nak ikut step by step.



Step 1 : Softens Sebum

Pastikan muka bersih sebelum pakai sebum strip tu ,lebih elok kalau cuci muka and pakai toner tak nak pakai toner pun tak apa janji muka dalam keadaan bersih. Ambil sebum strip letak pada hidung ,pastikan kedudukan sebum strip tu betul supaya nanti tak adalah nampak pelik dekat hidung tu kan.

Fungsi sebum tu untuk buka pores dan pada masa yang sama melembutkan blackheads nanti senang bila nak buang.Biarkan selama 10-15 minit.Lepas tu ambil cotton tip swabs buang sebum dekat bahagian hidung (akan naik putih-putih dekat hidung ) I guna penekan jerawat je bagi buang putih-putih dekat hidung.


Step 2 : Removes Blackheads





Lepas step 1 , ambil sedikit air dah basahkan (guna jari je ) dekat bahagian hidung jangan sikit sangat nanti strip tu tak lekat.Lekatkan strip warna hitam tu dekat hidung dan biarkan dalam 10-15 minit.

Lepas 10-15 minit macam tu boleh remove nose strip tu , cara I senang je tarik cepat-cepat strip tu jadi blackheads mudah tarik lepas tu sakit tu kurang sikit , sebab bila kering nose strip tu macam melekat dekat hidung agak susah nak tarik.




Nampak putih-putih tu..Ha tulah blackhead yang duduk berkampung dekat situ , baru sikit tunjuk kalau tunjuk semua nanti ada lah pulak yang geli geliman kan


Step 3: Pampering your nose




Okey nie selepas sakitkan hidung dekat step ke dua tadi tiba lah masa untuk ketatkan liang-liang pores hidung pulak, step nie akan tutup balik pores yang terbuka tadi.katalah tak ada sedia kan step ketiga you all boleh guna toner dengan moisturizer untuk tutup balik pores tu , jangan biarkan terbuka macam tu je.

Overall

Not the best and not the worst , nose strips sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan blankhead dekat hidung , I tak sarankan guna setiap hari memadai seminggu sekali atau dua kali je,I tak berapa suka step kedua sebab agak susah strip tu nak melekat , bila nak cabut mudah koyak.Memang lepas guna hidung akan rasa licin macam buat dekat spa dan harga juga berpatutan.Apa yang penting mesti ikut step yang di bagi jangan suka suki skip kalau tak nak hidung hilang herherher.



Bintang : 6/10 

You Might Also Like

1 comments

  1. Wow.. mesti Rasa ringan je using she xde whitehead

    ReplyDelete