Monday, 31 July 2017

Traveloka : Penginapan yang Tepat di Melaka



Melaka adalah salah satu negeri yang wajib dilawati dek kerana Bandar bersejarah ini mempunyai banyak tempat tarikan pelancong sama ada dari segi sejarahnya mahupun kawasan rekreasinya. Semestinya Hotel Seri Malaysia Melaka menjadi pilihan anda untuk berehat setelah melalui pengembaraan yang penuh dengan aktiviti di bandaraya bersejarah ini. Ramai pengunjung yang memberikan review dan feedback yang positif dan bercadang untuk datang menginap lagi di sini jika datang ke Melaka. Hal ini membuktikan yang Hotel Seri Malaysia Melaka adalah destinasi tepat untuk menginap.

Hotel Seri Malaysia Melaka ini terletak di Ayer Keroh kira-kira 1.6 km dari The Malacca Butterfly & Reptile Sanctuary, Zoo Melaka dan lebih kurang 12 km dari landmark terkenal di Melaka seperti Jonker Street, The Stadthyus, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan banyak lagi yang mengambil masa perjalanan dalam 15min ke 20 min sahaja. Terdapat juga taman tema A’ Famosa tidak jauh dari sini. Mereka yang ingin meluangkan masa untuk bermain dengan keluarga sangatlaa sesuai ke sini.



Hotel Seri Malaysia Melaka menawarkan penginapan yang berbaloi dengan akses Wifi percuma. Hotel ini mempunyai kolam renang yang indah, sebuah restoran dan juga mini bar. Pengunjung juga dapat menghilangkan stress setelah penat berjalan-jalan di Melaka kerana hotel ini juga menyediakan tempat untuk bermain biliard. Dengan harga yang berpatutan, anda dapat menikmati penginapan yang selesa dan amat berbaloi. Pengunjung tidak perlu keluar hotel dah untuk mencari makan. Nikmati hidangan kegemaran anda dengan masakan khas dari Hotel Seri Malaysia Melaka secara eksklusif oleh chef-chef handalan yang akan menyediakan pelbagai signature dishes untuk anda. Anda turut disajikan dengan sarapan percuma.






Selain itu, hotel ini turut menyediakan parking kereta percuma, jadi bagi anda yang memandu kereta, tak perlu laa risau tentang parking lagi. Airport yang terdekat ialah KLIA yang terletak lebih kurang 1 jam 30 min perjalanan untuk ke sini, dan juga kawasan ini tidak terlalu sesak dengan kenderaan. Ia amat sesuai bagi mereka yang senditif dengan kesesakan lalu lintas.

Hotel ini menyediakan  bilik yang selesa dan dilengkapi sepenuhnya dengan penyaman udara dan TV skrin rata dengan saluran satelit. Bilik mandi peribadi di sini semuanyaa dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian yang awesome. Pengunjung turut diberikan alat mandian percuma. Sebuah meja tulis dan cerek elektrik untuk membuat teh atau kopi juga disediakan di dalam bilik untuk memudahkan pengunjung menghilangkan dahaga.




Daripada acara perniagaan ke perhimpunan korporat, Hotel Seri Malaysia Melaka menyediakan perkhidmatan lengkap dan kemudahan yang anda dan rakan-rakan anda perlukan. Bergembiralah dengan pelbagai kemudahan yang menghiburkan untuk anda dan seluruh ahli keluarga. Di Hotel Seri Malaysia Melaka, mereka menmyediakan penginapan yang menarik untuk pelbagai jenis percutian!

Jika anda merancang untuk menginap dalam jangka panjang, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah pilihan yang tepat untuk anda. Menyediakan pelbagai kemudahan dan kualiti perkhidmatan yang hebat, tempat penginapan ini pasti membuat anda berasa seperti di rumah sendiri. Perkhidmatan terbaik bersama-sama dengan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat anda relaks sepanjang penginapan di sini.



Luangkan masa yang menyeronokkan dan bersantai di kolam renang, sama ada anda bercuti solo atau dengan yang tersayang. Meja penyambut tetamu 24-jam ada disediakan untuk menyambut anda, dari daftar masuk sampailaa daftar keluar ekspres, atau apa-apa saja bantuan yang anda perlukan. Sekiranya anda inginkan sesuatu, jangan teragak-agak untuk bertanya kepada staff di sini, meraka sentiasa bersedia untuk entertain anda. Bahasa yang dituturkan disini ialah bahasa Melayu dan English, jadi jangan bimbang untuk menanyakan sebarang problem kepada staf di sini.



Hotel Seri Malaysia Melaka adalah hotel dengan sangat selesa, bersih dan menyediakan perkhidmatan hotel yang terbaik. Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah tempat yang tepat untuk bermalam sama ada untuk bercuti bersama keluarga mahupun untuk bekerja atau mesyuarat. So, book Hotel Seri Malaysia Melaka on Traveloka sekarang  dan dapatkan harga diskaun yang menarik danamat berpatutan untuk percutian yang menarik !

Thursday, 27 July 2017

Beauty : Jeju Volcanic Lava Nose Strips Review

Assalamualaikum  and hello once again J semalam masa mengemas  barang-barang makeup dengan skincare terjumpa satu Nose Strip yang tak guna lagi , sebenarnya beli dah lama tahun lepas kot ingatkan dah habis guna rupanya ada satu lagi,jadi terus lah rasa nak guna dah tinggal satu je kan baik habiskan. Lepas tu terasa nak buat review terus , of course lah dah check  expiry date sebelum guna untuk mengelakkan allergies atau kegatalan hidung yang melampau hiks..

Maaf gambar tak clear

Jeju Pore Nose Strip dari FACESHOP ,suka warna packaging grey tone macam warna tanah gitu , setiap instructions dan label mudah di fahami senang nak ikut step by step.



Step 1 : Softens Sebum

Pastikan muka bersih sebelum pakai sebum strip tu ,lebih elok kalau cuci muka and pakai toner tak nak pakai toner pun tak apa janji muka dalam keadaan bersih. Ambil sebum strip letak pada hidung ,pastikan kedudukan sebum strip tu betul supaya nanti tak adalah nampak pelik dekat hidung tu kan.

Fungsi sebum tu untuk buka pores dan pada masa yang sama melembutkan blackheads nanti senang bila nak buang.Biarkan selama 10-15 minit.Lepas tu ambil cotton tip swabs buang sebum dekat bahagian hidung (akan naik putih-putih dekat hidung ) I guna penekan jerawat je bagi buang putih-putih dekat hidung.


Step 2 : Removes Blackheads





Lepas step 1 , ambil sedikit air dah basahkan (guna jari je ) dekat bahagian hidung jangan sikit sangat nanti strip tu tak lekat.Lekatkan strip warna hitam tu dekat hidung dan biarkan dalam 10-15 minit.

Lepas 10-15 minit macam tu boleh remove nose strip tu , cara I senang je tarik cepat-cepat strip tu jadi blackheads mudah tarik lepas tu sakit tu kurang sikit , sebab bila kering nose strip tu macam melekat dekat hidung agak susah nak tarik.




Nampak putih-putih tu..Ha tulah blackhead yang duduk berkampung dekat situ , baru sikit tunjuk kalau tunjuk semua nanti ada lah pulak yang geli geliman kan


Step 3: Pampering your nose




Okey nie selepas sakitkan hidung dekat step ke dua tadi tiba lah masa untuk ketatkan liang-liang pores hidung pulak, step nie akan tutup balik pores yang terbuka tadi.katalah tak ada sedia kan step ketiga you all boleh guna toner dengan moisturizer untuk tutup balik pores tu , jangan biarkan terbuka macam tu je.

Overall

Not the best and not the worst , nose strips sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan blankhead dekat hidung , I tak sarankan guna setiap hari memadai seminggu sekali atau dua kali je,I tak berapa suka step kedua sebab agak susah strip tu nak melekat , bila nak cabut mudah koyak.Memang lepas guna hidung akan rasa licin macam buat dekat spa dan harga juga berpatutan.Apa yang penting mesti ikut step yang di bagi jangan suka suki skip kalau tak nak hidung hilang herherher.



Bintang : 6/10 

Sunday, 23 July 2017

Expired Date 22.07.2017

Hai awak semua,apa khabar? Yang mana tak sihat pergi lah klinik cepat-cepat sekarang musim panas senang nak dapat sakit , dah pergi klinik tu jangan liat nak makan ubat pulak buat rugi bayaq je nanti :P

I memang jarang masuk giant walaupun pergi kerja balik kerja memang selalu lalu depan giant nak singgah tu memang jarang sekali.Giant ada masa barang murah ada masa barang mahal , kalau jumaat hingga ahad tu ada offer-offer tertentu di tawarkan time nie lah nak beli kan.Kebetulan semalam singgah pergi giant time cuti-cuti giant memang penuh.
Bila dah belek barang,ambik barang yang nak beli terus pergi bahagian frozen lalu dekat bahagian air tertengok lah air Sunkist apple yang kecik RM 0.99 kira RM1 lah, time nie memang tak tengok langsung expired date air tu, memang lupa terus.



Sampai-sampai rumah air tadi terus masuk dalam peti ais , bila malam terasa nak minum air Sunkist apple yang beli siang tadi , masa nak minum tulah baru tengok expired date , rupanya hari yang sama jugak expired 22.07.2017 padan lah murah benor jual ye nasib beli 3 botol je , petang tu suami pun ada minum dia pun tak tengok expired date , terpaksa lah habis jugak malam tu.


Giant memang selalu jual harga murah kalau ada barang yang nak cleanrer , so kalau you all nak beli tu kena tengok expired date dulu jangan main beli nanti macam I ,nasib beli air je kalau beli benda lain tak tahu lah ,menangis bucu katil kot…

Friday, 14 July 2017

Salam Jumaat 14.07.2017


Annoyed? Angered? Irritated? Frustrated? Tried all the music genres in the world but nothing gives you what you’re actually looking for? Watched episodes over episodes of every season available and you thought that’s all what life has to offer to you? Encircled by friends day in and day out and forgot what YOU are actually meant for? Got deceived into thinking that life is just a game? Enslaved by chants of YOLO?

Crdt to : LionofAllah

mini stationery giveaway by mirzasyazwina


Uikk rugi siapa yang tak nak join tu hadiah dia meriahhh uolsss gigit jari nanti


 tiga file comel lotee

pemadam warna-warni

tiga keping sticker

wooden clip set

tiga batang pen

dua notebook

stapler

board


Thursday, 13 July 2017

Beauty Tips : Lets Cantik

CONCEALER

Ada pelbagai jenis dan brand..so ikut citarasa you all lah nak yang mana satu
ada yang jenis liquid &  lagi satu jenis macam padat / Cream

If you all ada dark circles, eyesbag,bekas-bekas jerawat,flek..so guna concealer sebagai penyamar noda.. time nak beli tu.carilah warna concealer lebih terang dari warna kulit kita, kiranya berlawananlah gitu.


Guna jari better actuallly...for me lah...just DAP DAP DAP...Guna berus pon ok janji pandai ratakan, guna span pon ok tapi kalau macam span dia jenis cepat serap ke dalam span kan..so akan berlaku pembaziran disitu...so tak digalak kan ya.

Foundation 


Pilih warna foundation di bawah sinar matahari atau lampu putih and sapu dekat rahang pipi,Bukan kat tangan yee U'ollsssss...Why bkn kat tgn? Sebab tangan normally muka dgn tgn warna tak sama.. 


Sebelum pakai Goncangkan botol foundation tu terlebih dahulu supaya mereka bersatu padu..Letakkan di bahagian pipi,dahi,dagu,hidung,
Ratakan dengan menggunakan berus/jari pon boleh...ikut suka hatilah ...

Tuesday, 11 July 2017

MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2



Jom uols join lagi 4 hari lagi sebelum tarikh tamat

Monday, 10 July 2017

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan hai semua , iols nie dah macam biskut chipsmore kan sekali post lepas tu 2-3 minggu muncul balik , lama-lama orang ingat iols tak active dalam blog nie.Macam I beritahu sebelum nie lah susah sikit nak consistent menulis nie , tapi rasanya tak boleh guna pakai dah kot alasan macam tu kan , kena ada perubahan baru ada kemajuan dok gitu hehehe..


Sebelum tu I nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada kawan-kawan blogger yang ada komen I yang buat you all kecik hati atau terlebih laser harap di maafkan, eh baru nak ucap ke ?? tak apa lah raya kan sebulan masih sempat nak ucap dan bermaaf-maafan sesame kita

Raya tahun nie agak suam-suam kuku sebab untuk pertama kali raya dalam keadaan tak sihat , dari bulan puasa bergilir dengan Husband deman jadi gambar-gambar berhari raya tak berapa nak ada,nak ambil gambar makanan pun tak berapa ada mood , kelaut semua mood , tapi masih boleh pergi rumah sedara-mara yang terdekat , masih boleh beraya di rumah MIL ,Alhamdulillah.


Tahun nie tema mak kau HIJAU hahaha husband nak sangat warna nie I ikut jelah , tapi tak sangka pulak ramai yang pakai warna hijau , pergi rumah nie hijau pergi rumah sana hijau.You all pulak tema apa tahun nie share lah ~~~ J


Segment July-August Bloglist By Sii Nurul




Follow Me! by Naseha Syahira


Just click the banner

Pencarian 3 Month Bloglist by Auni Liyana

Tarikh : 22/06/2017 - 15/07/2017

Seramai 5 blogger yang bertuah akan menjadi Bloglist Auni Liyana dan akan direview blognya

Mini Giveaway : Duit Raya


Nak duit raya ha join lah mini giveaway nie

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


Jom support mia liana :)

 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI