Wednesday, 16 August 2017

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.


Jom uols join 

Wordless Wednesday 2017 : To Be Happy You Must?


Tuesday, 15 August 2017

Kula Cakes

Bila datang gedik nak makan kek , kenalah cari dan beli kalau tak memang boleh bawa ke mimpi-mimpi.i jenis tak suka kek yang banyak cream mudah rasa muak , kalau terlampau banyak cream makan pun tak banyak , biasanya bebudak je suka.

Tempat biasa beli atau makan memang akan beli dekat kula cakes , kek dia memang the best walaupun harga dia mahal tapi puas hati dengan rasa dia.orang kata berbaloi kalau beli kena dengan harganya.




Kebiasanya 2 jenis kek je I selalu beli mango cheesecake dengan choco moist dah jadi peberet dah nie , tapi hari tu try new kek peanut..maaf ya tak ingat pulak nama kek tu apa sebenarnya peanut cheese ke peanut choco hahahaha maafkan hamba tapi sedap kek tu serius.Boleh scroll pic dekat bawah yep



kek peanut tapi betul tak ingat muhahaha

choco moist

mango cheesecake

Total semua RM 25.30 kot kalau tak salah,I syorkan sangat mana-mana suka makan kek.. lepas tu nak sedap dan berbaloi boleh datang dekat kula cakes nie..nescaya korang mesti datang lagi..Btw hari isnin kula cakes tutup,jangan kata I tak beritahu pulak hehehe..

Giveaway by LZ


Pada pendapat saya tentang blog lady in red planner blog yang teratur , senang di baca dan simple blog.

Ig : anzrarizal_beauty
Fb : misy nelly

Giveaway ini akan berlangsung dari 14.08.2017 hingga 31.08.2017.
Pemenang akan diumumkan dalam tempoh seminggu dari tarikh tutup penyertaan

Click banner kalau nak join ya

Saturday, 12 August 2017

Nasi Lemak Kedai Mamak Jaya



Nasi lemak dengan I berpisah tiada , my favorite food always dalam seminggu mesti 2 kali makan , paling-paling tak pun seminggu sekali , tak dapat makan nasi lemak tak lengkap lah seminggu tu..ha sampai macam tu sekali kan hahaha..

Walaupun orang kata eee kolesterol tinggilah ….eee mengemukkanlah , eee sana ..eee sini kan . pada pandangan I nasi lemak tak ada kolesterol walaupun mengunakan santan , tinggi dalam kandungan lemak tetapi tinggi lemak bukan bermakna ia tinggi kolesterol tapi tak bermaksud korang kena balun berbungkus-bungkus , berhentilah makan sebelum kenyang , nanti bila dah terlampau kenyang mulalah malas nak buat kerja yang paling teruk bila mata minta tidur.

nasi lemak mamak
Nie nasi lemak kedai mamat jaya (tak sure lah betul ke tak nama kedai nie ) depan dengan stadium, jarang kalau pergi makan kedai mamak nasi lemak dia sedap , I pun cerewet kalau bab makan nie. Tapi nasik lemak nie kena dengan tekak , kalau pergi sana mesti order nasi lemak.I tengok customer pun ramai order nasi lemak selain tu roti canai , mee / maggi goreng pun ada jugak biasa makanan macam nie tak asing lagi lebih-lebih lagi kedai mamak kan, antara sedap dengan tak jelah.Okey lah jumpa next entry Bye cayang semua.


Wednesday, 9 August 2017

Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela


Tempoh penyertaan: 04/08/2017-13/08/2017 


Hadiah:
10x bloglist untuk 6 bulan keatas *kemungkinan akan tambah lagi 5 bloglist jika lebih penyertaan

Menang Segmen Top Bloglist

Alhamdulillah Alhamdulillah sekali lagi menang untuk segmen top bloglist dari Haslina.walaupun blog iols krik krik tak bermakna iols tak active ok





Terima kasih yang mana sudi datang jenguk blog nie , terima kasih yang mana follow blog nie , terima kasih yang mana baca setiap entry dalam blog nie , jasa mu akan iols kenangkan. J


Friday, 4 August 2017

Spicy Korean Burger Dan Ayam Goreng Mcd

Al kisah semalam tak tahu nak makan apa dan masak apa , buka peti ais tengok bahan basah pun boleh jadi blurr fikir resepi , siapa macam nie ,angkat tangan…

Mungkin husband I tengok wife dia termenung di sudut peti ais tu kan terus dia cakap jom lah kita pergi makan mcd kita pun dah lama tak makan mcd..kalau di fikir-fikirkan memang dah agak lama tak makan mcd , padahal mcd tu dengan rumah je tak sampai 5 minit je uolss tapi tulah tak terasa pun nak pergi dan memang tak ada rasa nak makan mcd.

Sampai-sampai tu orang boleh tahan ramai yang Q , berkat kesabaran kami husband and wife tiba lah giliran kami buat order , I dengan husband decide nak ambil ayam goreng dengan burger Korean jadi boleh share-share kan lepas tu tambah aiskrim , you all tengok lah picture dekat bawah nie , tapi quality picture low sikit pasal hp cap rama-rama kan bukan apple.





Tengok dari segi ayam tu memang rangup tapi bila rasa macam biasa-biasa je ayam tu , tu I punya opinion lah sebab tekak masing-masing tak sama jangan kecam ok ..tapi kalau French fries tu memang I bagi thumbs up lah sebab memang tak di nafikan French fries dia paling sedap,I kalau datang mcd pun sebab French fries dia je.


Roti warna hitam


Spicy Korean Burger yang latest punya promo kan , sampai dalam FB ada gambar orang bertukar colour bila makan burger nie hahahaha tu lawak … I tak tahu lah siapa suka pedas maybe dia orang suka bagi orang tak suka pedas nie memang nak keluar air mata lah bila makan..macam I sendiri tak berapa makan pedas jadi makan sambil bersulam air haaaa ko rasa .. walaupun pedas I still makan jugak sebab apa??sebab makin you all makan makin ketagih dengan sos dia memang superrr..criss cut chips rangup dan sedap..air frozenfanta pun best..dengan kata lain burger nie BEST …


lepas berperang dengan pedas tadi , sejukkan dengan aiskrim mcflurry memang best sampai tak cukup.

Ada yang try ke burger baru nie , ce komen sikit ..kita share-share lah mana tahu yang baca nanti berkobar-kobar nak pergi try kan..

Wednesday, 2 August 2017

INSTANT SHAWL GIVEAWAY BY MAMAPIPIE


Hadiah 4 helai tudung instant dan semi instant  untuk peserta yang bertuah , ha siapa tu agaknya ya , apa lagi korang join lah..macam biasa click banner dekat atas ya …

Segmen Top Bloglist Haslina:August 2017


Jom korang join sekali :) :)

Tarikh segmen berlangsung : 31/07/2017 - 6/08/2017


Pencarian Bloglist OGOS 2017


Tarikh Tutup Pencarian : 7 Ogos 2017

Click dekat atas kalau nak join :)

Tuesday, 1 August 2017

pemenang Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


Alhamdulillah..terima kasih Mialiana

Hello August 2017


Sekejap je masa berlalu tick tok tick tok dah bulan August , setakat nie apa je you all dah buat….Azam tahun nie dah ada tercapai ke ? atau masih di persimpangan ? Ha macam I ada yang dah tercapai ada yang belum , tapi tak apa lah masih berbaki 4 bulan lagi sebelum masuk ke tahun baru.

Monday, 31 July 2017

Traveloka : Penginapan yang Tepat di Melaka



Melaka adalah salah satu negeri yang wajib dilawati dek kerana Bandar bersejarah ini mempunyai banyak tempat tarikan pelancong sama ada dari segi sejarahnya mahupun kawasan rekreasinya. Semestinya Hotel Seri Malaysia Melaka menjadi pilihan anda untuk berehat setelah melalui pengembaraan yang penuh dengan aktiviti di bandaraya bersejarah ini. Ramai pengunjung yang memberikan review dan feedback yang positif dan bercadang untuk datang menginap lagi di sini jika datang ke Melaka. Hal ini membuktikan yang Hotel Seri Malaysia Melaka adalah destinasi tepat untuk menginap.

Hotel Seri Malaysia Melaka ini terletak di Ayer Keroh kira-kira 1.6 km dari The Malacca Butterfly & Reptile Sanctuary, Zoo Melaka dan lebih kurang 12 km dari landmark terkenal di Melaka seperti Jonker Street, The Stadthyus, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan banyak lagi yang mengambil masa perjalanan dalam 15min ke 20 min sahaja. Terdapat juga taman tema A’ Famosa tidak jauh dari sini. Mereka yang ingin meluangkan masa untuk bermain dengan keluarga sangatlaa sesuai ke sini.



Hotel Seri Malaysia Melaka menawarkan penginapan yang berbaloi dengan akses Wifi percuma. Hotel ini mempunyai kolam renang yang indah, sebuah restoran dan juga mini bar. Pengunjung juga dapat menghilangkan stress setelah penat berjalan-jalan di Melaka kerana hotel ini juga menyediakan tempat untuk bermain biliard. Dengan harga yang berpatutan, anda dapat menikmati penginapan yang selesa dan amat berbaloi. Pengunjung tidak perlu keluar hotel dah untuk mencari makan. Nikmati hidangan kegemaran anda dengan masakan khas dari Hotel Seri Malaysia Melaka secara eksklusif oleh chef-chef handalan yang akan menyediakan pelbagai signature dishes untuk anda. Anda turut disajikan dengan sarapan percuma.






Selain itu, hotel ini turut menyediakan parking kereta percuma, jadi bagi anda yang memandu kereta, tak perlu laa risau tentang parking lagi. Airport yang terdekat ialah KLIA yang terletak lebih kurang 1 jam 30 min perjalanan untuk ke sini, dan juga kawasan ini tidak terlalu sesak dengan kenderaan. Ia amat sesuai bagi mereka yang senditif dengan kesesakan lalu lintas.

Hotel ini menyediakan  bilik yang selesa dan dilengkapi sepenuhnya dengan penyaman udara dan TV skrin rata dengan saluran satelit. Bilik mandi peribadi di sini semuanyaa dilengkapi dengan kemudahan pancuran mandian dan peralatan mandian yang awesome. Pengunjung turut diberikan alat mandian percuma. Sebuah meja tulis dan cerek elektrik untuk membuat teh atau kopi juga disediakan di dalam bilik untuk memudahkan pengunjung menghilangkan dahaga.




Daripada acara perniagaan ke perhimpunan korporat, Hotel Seri Malaysia Melaka menyediakan perkhidmatan lengkap dan kemudahan yang anda dan rakan-rakan anda perlukan. Bergembiralah dengan pelbagai kemudahan yang menghiburkan untuk anda dan seluruh ahli keluarga. Di Hotel Seri Malaysia Melaka, mereka menmyediakan penginapan yang menarik untuk pelbagai jenis percutian!

Jika anda merancang untuk menginap dalam jangka panjang, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah pilihan yang tepat untuk anda. Menyediakan pelbagai kemudahan dan kualiti perkhidmatan yang hebat, tempat penginapan ini pasti membuat anda berasa seperti di rumah sendiri. Perkhidmatan terbaik bersama-sama dengan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat anda relaks sepanjang penginapan di sini.



Luangkan masa yang menyeronokkan dan bersantai di kolam renang, sama ada anda bercuti solo atau dengan yang tersayang. Meja penyambut tetamu 24-jam ada disediakan untuk menyambut anda, dari daftar masuk sampailaa daftar keluar ekspres, atau apa-apa saja bantuan yang anda perlukan. Sekiranya anda inginkan sesuatu, jangan teragak-agak untuk bertanya kepada staff di sini, meraka sentiasa bersedia untuk entertain anda. Bahasa yang dituturkan disini ialah bahasa Melayu dan English, jadi jangan bimbang untuk menanyakan sebarang problem kepada staf di sini.



Hotel Seri Malaysia Melaka adalah hotel dengan sangat selesa, bersih dan menyediakan perkhidmatan hotel yang terbaik. Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah tempat yang tepat untuk bermalam sama ada untuk bercuti bersama keluarga mahupun untuk bekerja atau mesyuarat. So, book Hotel Seri Malaysia Melaka on Traveloka sekarang  dan dapatkan harga diskaun yang menarik danamat berpatutan untuk percutian yang menarik !

Thursday, 27 July 2017

Beauty : Jeju Volcanic Lava Nose Strips Review

Assalamualaikum  and hello once again J semalam masa mengemas  barang-barang makeup dengan skincare terjumpa satu Nose Strip yang tak guna lagi , sebenarnya beli dah lama tahun lepas kot ingatkan dah habis guna rupanya ada satu lagi,jadi terus lah rasa nak guna dah tinggal satu je kan baik habiskan. Lepas tu terasa nak buat review terus , of course lah dah check  expiry date sebelum guna untuk mengelakkan allergies atau kegatalan hidung yang melampau hiks..

Maaf gambar tak clear

Jeju Pore Nose Strip dari FACESHOP ,suka warna packaging grey tone macam warna tanah gitu , setiap instructions dan label mudah di fahami senang nak ikut step by step.



Step 1 : Softens Sebum

Pastikan muka bersih sebelum pakai sebum strip tu ,lebih elok kalau cuci muka and pakai toner tak nak pakai toner pun tak apa janji muka dalam keadaan bersih. Ambil sebum strip letak pada hidung ,pastikan kedudukan sebum strip tu betul supaya nanti tak adalah nampak pelik dekat hidung tu kan.

Fungsi sebum tu untuk buka pores dan pada masa yang sama melembutkan blackheads nanti senang bila nak buang.Biarkan selama 10-15 minit.Lepas tu ambil cotton tip swabs buang sebum dekat bahagian hidung (akan naik putih-putih dekat hidung ) I guna penekan jerawat je bagi buang putih-putih dekat hidung.


Step 2 : Removes Blackheads





Lepas step 1 , ambil sedikit air dah basahkan (guna jari je ) dekat bahagian hidung jangan sikit sangat nanti strip tu tak lekat.Lekatkan strip warna hitam tu dekat hidung dan biarkan dalam 10-15 minit.

Lepas 10-15 minit macam tu boleh remove nose strip tu , cara I senang je tarik cepat-cepat strip tu jadi blackheads mudah tarik lepas tu sakit tu kurang sikit , sebab bila kering nose strip tu macam melekat dekat hidung agak susah nak tarik.




Nampak putih-putih tu..Ha tulah blackhead yang duduk berkampung dekat situ , baru sikit tunjuk kalau tunjuk semua nanti ada lah pulak yang geli geliman kan


Step 3: Pampering your nose




Okey nie selepas sakitkan hidung dekat step ke dua tadi tiba lah masa untuk ketatkan liang-liang pores hidung pulak, step nie akan tutup balik pores yang terbuka tadi.katalah tak ada sedia kan step ketiga you all boleh guna toner dengan moisturizer untuk tutup balik pores tu , jangan biarkan terbuka macam tu je.

Overall

Not the best and not the worst , nose strips sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan blankhead dekat hidung , I tak sarankan guna setiap hari memadai seminggu sekali atau dua kali je,I tak berapa suka step kedua sebab agak susah strip tu nak melekat , bila nak cabut mudah koyak.Memang lepas guna hidung akan rasa licin macam buat dekat spa dan harga juga berpatutan.Apa yang penting mesti ikut step yang di bagi jangan suka suki skip kalau tak nak hidung hilang herherher.



Bintang : 6/10 

Sunday, 23 July 2017

Expired Date 22.07.2017

Hai awak semua,apa khabar? Yang mana tak sihat pergi lah klinik cepat-cepat sekarang musim panas senang nak dapat sakit , dah pergi klinik tu jangan liat nak makan ubat pulak buat rugi bayaq je nanti :P

I memang jarang masuk giant walaupun pergi kerja balik kerja memang selalu lalu depan giant nak singgah tu memang jarang sekali.Giant ada masa barang murah ada masa barang mahal , kalau jumaat hingga ahad tu ada offer-offer tertentu di tawarkan time nie lah nak beli kan.Kebetulan semalam singgah pergi giant time cuti-cuti giant memang penuh.
Bila dah belek barang,ambik barang yang nak beli terus pergi bahagian frozen lalu dekat bahagian air tertengok lah air Sunkist apple yang kecik RM 0.99 kira RM1 lah, time nie memang tak tengok langsung expired date air tu, memang lupa terus.



Sampai-sampai rumah air tadi terus masuk dalam peti ais , bila malam terasa nak minum air Sunkist apple yang beli siang tadi , masa nak minum tulah baru tengok expired date , rupanya hari yang sama jugak expired 22.07.2017 padan lah murah benor jual ye nasib beli 3 botol je , petang tu suami pun ada minum dia pun tak tengok expired date , terpaksa lah habis jugak malam tu.


Giant memang selalu jual harga murah kalau ada barang yang nak cleanrer , so kalau you all nak beli tu kena tengok expired date dulu jangan main beli nanti macam I ,nasib beli air je kalau beli benda lain tak tahu lah ,menangis bucu katil kot…

Friday, 14 July 2017

Salam Jumaat 14.07.2017


Annoyed? Angered? Irritated? Frustrated? Tried all the music genres in the world but nothing gives you what you’re actually looking for? Watched episodes over episodes of every season available and you thought that’s all what life has to offer to you? Encircled by friends day in and day out and forgot what YOU are actually meant for? Got deceived into thinking that life is just a game? Enslaved by chants of YOLO?

Crdt to : LionofAllah

mini stationery giveaway by mirzasyazwina


Uikk rugi siapa yang tak nak join tu hadiah dia meriahhh uolsss gigit jari nanti


 tiga file comel lotee

pemadam warna-warni

tiga keping sticker

wooden clip set

tiga batang pen

dua notebook

stapler

board


Thursday, 13 July 2017

Beauty Tips : Lets Cantik

CONCEALER

Ada pelbagai jenis dan brand..so ikut citarasa you all lah nak yang mana satu
ada yang jenis liquid &  lagi satu jenis macam padat / Cream

If you all ada dark circles, eyesbag,bekas-bekas jerawat,flek..so guna concealer sebagai penyamar noda.. time nak beli tu.carilah warna concealer lebih terang dari warna kulit kita, kiranya berlawananlah gitu.


Guna jari better actuallly...for me lah...just DAP DAP DAP...Guna berus pon ok janji pandai ratakan, guna span pon ok tapi kalau macam span dia jenis cepat serap ke dalam span kan..so akan berlaku pembaziran disitu...so tak digalak kan ya.

Foundation 


Pilih warna foundation di bawah sinar matahari atau lampu putih and sapu dekat rahang pipi,Bukan kat tangan yee U'ollsssss...Why bkn kat tgn? Sebab tangan normally muka dgn tgn warna tak sama.. 


Sebelum pakai Goncangkan botol foundation tu terlebih dahulu supaya mereka bersatu padu..Letakkan di bahagian pipi,dahi,dagu,hidung,
Ratakan dengan menggunakan berus/jari pon boleh...ikut suka hatilah ...

Tuesday, 11 July 2017

MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2



Jom uols join lagi 4 hari lagi sebelum tarikh tamat

Monday, 10 July 2017

Selamat Hari Raya 2017

Assalamualaikum dan hai semua , iols nie dah macam biskut chipsmore kan sekali post lepas tu 2-3 minggu muncul balik , lama-lama orang ingat iols tak active dalam blog nie.Macam I beritahu sebelum nie lah susah sikit nak consistent menulis nie , tapi rasanya tak boleh guna pakai dah kot alasan macam tu kan , kena ada perubahan baru ada kemajuan dok gitu hehehe..


Sebelum tu I nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada kawan-kawan blogger yang ada komen I yang buat you all kecik hati atau terlebih laser harap di maafkan, eh baru nak ucap ke ?? tak apa lah raya kan sebulan masih sempat nak ucap dan bermaaf-maafan sesame kita

Raya tahun nie agak suam-suam kuku sebab untuk pertama kali raya dalam keadaan tak sihat , dari bulan puasa bergilir dengan Husband deman jadi gambar-gambar berhari raya tak berapa nak ada,nak ambil gambar makanan pun tak berapa ada mood , kelaut semua mood , tapi masih boleh pergi rumah sedara-mara yang terdekat , masih boleh beraya di rumah MIL ,Alhamdulillah.


Tahun nie tema mak kau HIJAU hahaha husband nak sangat warna nie I ikut jelah , tapi tak sangka pulak ramai yang pakai warna hijau , pergi rumah nie hijau pergi rumah sana hijau.You all pulak tema apa tahun nie share lah ~~~ J


Segment July-August Bloglist By Sii Nurul




 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI