Tuesday, 28 March 2017

Giveaway By IgShop @luv.sweetchoco

Instagram : @anzrarizal_beauty
Email : anzrarizal@gmail.com

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 April 2017

Friday, 24 March 2017

Salam Jumaat - 24.03.2017



Monday, 20 March 2017

Dalam Kasut Ada Katak HaHaHa

Hai uolss dan Assalamulaikum, cerita pagi tadi kebiasaanya setiap kali nak pergi kerja I nie jenis sarung je atau pakai je kasut dah tak ada nak tengok-tengok keadaan kasut tu macam mana , tapi entah macam mana tergerak hati nak ketuk-ketuk kasut tu nak bagi keluar pasir-pasir kecik dekat dalam kasut.Selesai kasut belah kiri pergi belah kanan sekali keluar kepala KATAK .. terus jerit ..tak tahu lah nak nangis ke..nak geli ke.. nak gelak…




Nampak dak katak yang duk menyorok kat dalam kasut tu..kita tolak-tolak kasut tu pun katak tu tak nak keluar..last-last panggil Husband kita minta halau katak tu , I dah sebatu jauhnya…selepas insiden nie hari-hari kena tengok dulu lah kasut tu sebelum pakai kot-kot ada animal lain pulak kannn….

Uyul Rosli 1st Giveaway


 SYARAT PENYERTAAN: 
  1. Follow blog uyulrosli[dot]com | Add To Circle Google+ Uyul Rosli | Like Fanpage Uyul Rosli Official | Follow Instagram Uyul Rosli | Subscribe Youtube Uyul Rosli.
  2. Buat entri bertajuk "Uyul Rosli 1st Giveaway".
  3. Copy banner di atas dan backlink ke entry ini.
  4. Tinggalkan URL entri di entry Uyul Rosli 1st Giveaway.
  5. Giveaway akan MULA pada jam 1:00pm, 17 Mac 2017 (Jumaat) dan TAMAT pada jam 11:59pm, 24 Mac 2017 (Jumaat).


 SENARAI HADIAH: 
3 X 100PCS Name Card (T&C)
2 X RM10 Topup
2 X RM5 Topup

Pemenang akan dipilih melalui random.org dan akan diumumkan pada 28 Mac 2017 (Selasa).

Sunday, 19 March 2017

Beli Makanan Dekat Pasar Malam

Hai semua welcome back to my blog, nak story mory pendek je sebab macam blog nie dah bersarang sikit..dah lama tak pergi pasar malam dalam setahun adalah beberapa kali pergi,di sebabkan nak makan laksa penang kena pergi terjah jugak lah kat pasar malam tu,okey nie apa yang I beli dekat pasar malam tak banyak pun sebab makan berdua je so jangan membazir.


Tak ada dalam gambar bawang dengan cili kering,Semua gambar nie ambil masa dekat rumah, I memang tak berapa suka nak ambil gambar time orang tengah ramai-ramai nak beli tu..mana nak pegang makanan yang dah di beli mana nak tangkap gambar kan..tak pasal-pasal kena setepek dengan nenek I tu huh (sebab pergi dengan dia sekali)


Coconut shake kalau pergi pasar malam tak sah kalau tak beli RM 2 je , ayam tu tak ingat nama apa RM 1 



Yang bentuk kecil-kecil tu warna coklat tu kuih benderam RM 1 (10 biji ) tapi lebih dari 10 biji tuan kedai tu bagi , keropok sagu orang panggil RM 2 dapatlah 10 batang keropok tu , last sekali main menu laksa penang zul memang sedap berbanding kat tempat lain.

Kalau pergi pasar malam memang macam-macam makanan ada,ada murah ada mahal..kalau bawa RM 50 pun boleh habis , jadi beli apa nak di beli je jangan membazir-bazir...dengan ekonomi gawat sekarang hahaha tibewww kannn , korang makan apa malam nie 

Wednesday, 15 March 2017

Wordless Wednesday 2017 : #7


Tuesday, 14 March 2017

Giant Kuantan Ada Buat Offer ~

Hai semua,sebenarnya nak post hari jumaat hari tu lagi lepas tu internet connection weak lah pulak nya , I tak ada wifi I pakai hotspot je tu internet tak berapa okey,bila time mood nak menulis datang macam-macam lah pulak bila tak menulis tu laju kemain lagi internet, saje je nak bagi akak mengamuk ..

Jumaat hari tu ada Nampak member post dekat wall FB dia beli barang dekat giant , murah katanya ada harga serendah RM 1  , Nampak banyak jugak lah dia rembat barang dekat giant tu..tak terfikir pun nak pergi walaupun hari-hari lalu depan giant pergi dengan balik kerja..Lepas tu adik ajak pergi lepas balik kerja I follow jelah padahal nak pergi tengok apa yang offer cehhh lagi mahu cakap tak terfikir nak pergi hahaha..


Gambar nie jelah yang ada ambil tu pun sebab adik yang ambil masuk group whatsaps kot-kot lah adik yang seorang tu nak tumpang beli kan , tapi semua gambar makanan yang lain tak ada ya ha jangan di Tanya gambar bahagian electric , cucian dan sebagainya .



Air soya jenama Giant tu rm 0.99 sen yang jenama yeo’s tak silap rm 1 , ada air lain harga rm 2 , air dalam tin-tin tu RM 1 7up , coca cola lagi satu tak ingat air apa



Favorite biskut Oat Krunch Munchys time beli nie harga RM 9.90 ada 23pack kat dalam tu , biasa 16pack je rm 9.50 (kalau ada offer RM 8.99) tapi biasa I ambil dark chocolate with hazelnut, yang fruit tu tak minat hehee..



Highly recommended green tea from AHMAD TEA bagi sesiapa nak minum green tea tapi tak nak rasa pahit,atau baru-baru nak try boleh beli green tea nie memang tak pahit ,minum pun laju je tak ada tersekat-sekat sebab pahit.Boleh beli yang kecil dulu ada 25sachet harga RM 5.20 je, bila dah suka green tea tu boleh lah beli hak besar kan.. I dah minum hampir 2 tahun dari ahmad tea nie tak tukar-tukar jenama lain.


kalau tak silap offer sampai 22 march nie , boleh lagi nak pergi tu.. i pun nak pergi lagi sekali hari tu lupa nak ambil milo adehh sampai rumah baru teringat...tak tahu lah ada offer lagi ke tak..okey next entry nanti nak buat review pulak tungguuuu bye.

Marching March Giveaway



MARCHING MARCH GIVEAWAY 10hb-30hb March 2017



JOIN MARCHING MARCH GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk MARCHING MARCH GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.




SEGMEN #JMBELOG : HANG MAI MANA ?


I asal kuantan Pahang ~ jom pakat belaka join 

Bloggers Wanted ! @shoppinkboxcereal

Hai semua mintak korang share share share ya , mana yang berminat tu boleh hantar detail korang dekat email di bawah , digalakkan juga mana-mana bloggers yang ramai followers and views ~


ARE YOU A LIFESTYLE OR BEAUTY BLOGGER? Would you like to be invited to @shoppinkboxcereal's exclusive private meeting to hear about our exciting plans and future ventures with you? 

Simply provide:

- Your name, age and current location of residence
- Name of your blog
- Links to your blog and other social media sites
.
AND EMAIL THOSE DETAILS TO office.pinkboxcereal@gmail.com
.
Please take note that we will scan through all details and only selected entries will be given this opportunity at this moment.
.
We accept entries from both English and Bahasa Malaysia bloggers.
.

Tag your blogger friends here too!

Friday, 10 March 2017

Salam Jumaat - 10.03.2017


salam jumaat semua,moga kita semua di jauhkan dan di beri kekuatan istiqamah yang teguh.Insyaallah

Wednesday, 8 March 2017

Wordless Wednesday 2017 : #6


Semoga cerdikmu secerdik AISHAH
Cantikmu secantik AINUL MARDIAH
Pengorbananmu setinggi SUMAIYAH
Ikhlasmu seikhlas RABIATUL ADAWIYAH
Dan semoga tempatmu di Syurga AL-JANNAH

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA

Tuesday, 7 March 2017

Lunch Makan Nasi Lemak Ikan

Hai semua selamat tengahari…makan apa lunch hari nie? I makan nasi lemak ikan memang sangat sedap..mesti ada yang cakap aikk tengahari makan nasi lemak ?? ada je kawan-kawan tanya soalan macam tu..pada I tak ada yang pelik pun kalau makan nasi lemak tengahari buta macam nie kan , dekat oldtown tu ada je yang order nasi lemak hahhh ke korang tak pernah pergi kekekeke sebab tu tak tahu huh….

Sebenarnya dari hari tu lagi nak makan nasi lemak ikan nie tapi masa nak beli tu ikan dah habis tak dapat lah makan , so pagi tadi otw nak pergi kerja singgah kedai tu beli nasi lemak , nasib baik ada lepas lah kempunan hari tu kan..harga pun RM 3 je.


masin + tawar +manis+pedas = cukup rasa



Nasi lemak nie my favorite food juga,so I tak kisah makan waktu bila pun janji perut I kenyang sudah lah betul tak..yang mana baru nak makan tu selamat menjamu selera jangan lupa baca bismillah okey nanti tercekik pulak , okey jumpa next entry bye bye bye.

Monday, 6 March 2017

Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com



Giveaway Fridge Magnet Padang Besar bermula saat ini dari hari ini, 6 hingga 13 Mac 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join.

Kisahnya di SINI.


Siapa nak ole-ole dari Padang Besar? Ada 30 fridge magnet berbentuk selipar pelbagai warna.  Jom join giveaway ini... ramai-ramai support Mia Liana ya...

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Fridge Magnet Padang Besar By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 13 Mac 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 20 Mac 2017.

** nak join giveaway ini, sila klik pada banner...

Saturday, 4 March 2017

Beauty : Princess Beauty Foundation (Reviews)

Hai semua,entry kali nie I nak buat reviews foundation yang I guna setiap hari and memang best di samping tu foundation nie pada masa yang sama dapat merawat kulit wajah kita.






I perkenalkan nie lah PBF atau nama panjangnya Princess Beauty Foundation,pakai-pakai dah macam princess gitew kan.Foundation nie bukan jenis liquid ya tapi jenis cream kira cream foundation lah tapi super best sebab dapat menutup cela , dapat merawat  kulit muka awak awak semua tau,yang paling penting dah tak payah nak makeup tebal sampai 5 inci, sekali apply pun dah cantik foundation nie.


Founder sendiri jadi model okey


Apa yang lain pada yang lain tentang foundation nie adalah 100% homemade, founder PBF nie sendiri yang bancuh dan guna formula sendiri sampai packing pun dia sendiri tau.Kalau foundation lain semua dari kilang kan.tapi PBF  keluarkan satu-satunya homemade dari rumah.


sumber from fb

  ü  Penganti bedak/tidak memerlukan pakai bedak
ü  Mengecutkan jerawat
ü  Mengurangkan jeragat
ü  Mesra wudhuk/mudah di cuci
ü  Menaikkan seri wajah
ü  Meratakan tona kulit tidak sekata
ü  Boleh di jadikan concelear untuk bentuk kening tanpa cukur
ü  Tidak berminyak
ü  Tidak menyumbat liang pori
ü  Nampak natural
ü  Memudarkan parut jerawat
ü  Tahan lama
ü  Uv protection
ü  Spf 60



abaikan permukaan faoudation tuh



Texture pbf nie sangat ringan dan tak berminyak,bila sapu di muka amat senang nak apply dan tak bercapuk.Setakat nie Pbf ada satu code je tapi semua jenis skin boleh pakai mungkin Nampak cerah pada permulaan nak apply tu nanti bila kita dan blend semua foundation tu akan ikut skin tone kita don’t worry.Tak nak pakai powder pun tak apa,tapi I pakai powder baru cun melucun kannn…


sumber from Fb


Betul ke Pbf boleh tutup parut jerawat? Okey meh sini I jawabkan,kalau parut jerawat you jenis tak Nampak Pbf boleh cover you punya parut jerawat dan bila add powder parut jerawat tu tak Nampak,tapi kalau you ada jenis parut yang hitam-hitam tu I suggestkan you guna concealer yang warna hijau tu dulu kemudian baru pakai Pbf,sebab Pbf bukan Hd coverage foundation ya …Boleh guna brush atau span blender tu macam i suka manual je guna tangan tapi make sure lah tangan you bersih selalu sentuh kulit muka tu.

I dah guna Pbf dah 4 bulan,I berpuas hati sebab dia tak buat I punya skin rasa too oily dan tak buat I punya skin rasa gatal-gatal walaupun I guna untuk 1 hari sebab skin I memang super duper sensitive dan mudah naik jerawat kalau tak sesuai sesuatu product tu, .Kalau you all ada nak try Pbf nie boleh beli dekat ika click dekat sini Foundation harga tak mahal pun hanya RM 35 je belum termasuk postage.

Friday, 3 March 2017

Salam Jumaat - 3.3.2017


Wednesday, 1 March 2017

Wordless Wednesday 2017 : #5


Hai semua sekejap je kan dah bulan March rasa macam baru je lagi sambut tahun baru. Tapi bulan nie bulan paling bermakna untuk my family , nenek I dapat cicit , mama I dapat cucu , I dengan adik I seorang lagi dapat anak sedara . Alhamdulillah penyeri rumah lepas nie, btw congratulations to my adik bongsu selamat melahirkan baby boy pukul 3 am tadi ,selamat berpantang.

MummyAyu's Giveaway


Jom  join GA dari mummy ayu nie , tak ada syarat pun click banner kalau nak join ya kesayangan ,btw I suka warna pink atau purple , kot-kot lah menang kan ~


giveaway ni berlangsung dari 1 Mac - 8 Mac
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI